Tuesday, April 5, 2011

Kuliah subuh


Assalamualaikum warahmatullahiwabarakaatuh...

Alhamdulillah,bersyukur kepada Allah kerana masih memberi peluang untuk aku berkongsi ilmu yang aku dapat hari.Walaupun sikit,tapi tanggungjawab aku untuk sebarkan ilmu ni. untuk yang dah taw,boleh kita ingat semula,mana yang tak tau,mari kita sama-sama amik tau..

Alhamdulillah pagi tadi pas solat subuh, aku berborak ngan kawan aku dari Somalia.aku cukup suka borak ngan dia sebab banyak ilmu tentang agama aku dapat dari dia..lagi 1,setiap kali aku lepak ngan dia,aku rasa tenang.tak tau la kenapa. tapi memang Allah bagi Nur kat muka dia. So, masa aku borak ngan dia tadi,dia ada beberapa perkara..


Ilmu 1

Perkara paling asas bile kita jumpa ngan saudara( Islam ) kita. Kita disunatkan untuk memberi Assalamualaikum dan sesiapa yang mendengarnya Wajib menjawab salam tersebut. Andai kata masa orang bagi salam tetapi kita tak dengar atau sibuk dengan tugasan masing-masing, agaknya siapa yang akan jawab salam tu?Secara logiknya memang tak ada orang akan jawab kan? Tapi secara ilmiah,kita sendiri tau,setiap manusia diapit oleh 2 malaikat Rakid  dan Atid, jadi kalau kita tak dapat jawab salam tadi, mereka akan tolong jawab untuk kita. Sebab tu kita sebut Assalamualaikum dan bukan assalamualaka/i (untuk seorang laki @ perempuan).


Ilmu 2

Yang kedua pulak pasal ciptaan Allah. pernah tak anda semua tau macam mana besarnya Malaikat Jibril? Mungkin ada yang tau,tapi tak pe la,kita kongsi bersama ye.Malaikat Jibril adalah Ketua kepada semua Malaikat dan tugas dia menyampai wahyu kepada Pesuruh Allah, iaitu Nabi dan Rasul. Malaikat Jibril. Semasa Rasulullah berjumpa dengan Malaikat Jibril,Rasulullah s.a.w terkejut dan bertasbih kepada Allah, Subhanallah. Rasulullah s.a.w terkejut sebab melihat Malaikat Jibril sangat besar. Malaikat Jibril memiliki sayap yang besarnya dari timur ke barat. Itu baru 1 sayap,tapi Malaikat Jibril ada 600 sayap. Subhanallah, Agungnya Kuasa Allah. Kemudian Malaikat Jibril membalas kata - kata rasulullah, dan mengatakan jika dibandingkan dia(Malaikat Jibril) dengan Malaikat Israfil, Malaikat Jibril hanya sebesar sayap nyamuk. Subhanallah. Kita sendiri tak mampu untuk bayangkan besarnya Malaikat Israfil, tak pe la,akal manusia tidak mampu untuk berfikir sampai ke tahap itu. Cukuplah kita membayangkan kebesaran Allah yang mencipta malaikat - malaikat tersebut.

Ilmu 3

Yang ketiga pulak pasal ibadah sunat, ibadah wajib tak payah la aku cite, masing – masing tau tanggungjawab kat Allah. Apa yang kawan aku tu cakap kalau nak dimurahkan rezeki, banyakkan istighfar dan minta keampunan dari Allah, paling baik bangun malam buat solat tahajjud. Lagi 1,aku p nada baca buku pasal bangun malam ni, tajuk buku tu “Dahsyatnya Qiamullail”. Dalam buku tu ada menceritakan kenapa orang yang bangun malam lebih disayangi Allah dan Allah suka dengan orang yang bangun malam menghadap Pencipta mereka. Ini kerana waktu malam adalah waktu manusia dan Rabbnya hampir. Terdapat hadis Rasulullah s.a.w yang direkodkan oleh Imam Muslim, Daud dan Nasai yang bermaksud, “Saat manusia hampir dengan Rabbnya adalah saat kita bersujud, jadi perbanyakkan doa ketika sujud”. Jadi kat sini secara tidak langsung kita disarankan supaya perbanyakkan amalan – amalan sunat. Bila masa yang sesuai? Waktu malam, ketika manusia sedang lena tidur.
Terdapat hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Ahmad, Rasulullah s.a.w bersabda, “Ketika tengag malam berlalu, Allah turun ke langit dunia lalu berkata : wujudkah orang yang memohon ampun? Maka aku mengampuninya. Wujudkah orang yang bertaubat, maka aku terima taubatnya. Wujudkah orang yang berdoa?  Maka aku akan mengabulkan doanya. Hal itu berlaku sehingga Subuh”.
Subhanallah, Allah itu Maha Pengampun, Pemurah, Penyayang dan Maha segalanya.

Jadi, pengajaran untuk hari ini :
1 ) Jangan kedekut untuk bagi salam kepada saudara kita,  tak luak pun duit poket kita. Kalau dengar orang bagi salam walaupun bukan untuk kita, jawab je sekurang – kurangnya kita dapat pahal sebab menjawab salam. Jawab dalam hati pun boleh.
2 ) Betapa hebatnya ciptaan Allah, malaikat Jibril hanyalah sebesar sayap nyamuk jika dibandingkan dengan Malaikat Israfil. Sesungguhnya manusia adalah sebaik – baik kejadian. Jadi kita kena ingat siapa kita dan apa tanggungjawab kita. Allah menjadokan sehebat makhluk berbanding makhluk lain.
3 ) Allah itu maha Pemurah, mintak je apa pun daripada Allah sebab hanya Dia yang mampu melakukan apa yang Dia nak. Kun Faya kun. Tapi kalu nak mintak daripada Allah kenalah penuhi syaratnya. Ibadah wajib jangan tinggal, perbanyakkan ibadah sunat dan bersedekah. Allah sangat sayangkan hamba-hambaNya yang memohon ampun dan berdoa kepadaNya

Apa yang aku kongsi ni adalah sebahagian kecil daripada ilmu Allah yang teramat luas. Tak rugi kita berkongsi, sebab ianya dapat mengingatkan diri kita dan jugak orang lain.
Insyaallah,sampai bertemu lagi dengan Ilmu yang baru. May Allah Bless UJ

Khaizeds88...

Sunday, April 3, 2011

Manusia menguasai nasib sendiri

Assaalamuaalaikum...


Alhamadulillah,bersyukur kepada Allah kerana memberi peluang untuk aku berkongsi cerita dan imlu kepada anda semua.
Seringkali kita mendengar orang merungut apabila ditimpa kesusahan..jawapan mereka mudah, "Dah nasib aku macam ni...".Pada pendapat aku, memang nasib dia macam tu sebab dia yang buat diri dia jadi macam tu. Sepatutnya kita perlu menilai semula tindakan kita. kenapa kita diberi ujian sebegitu? Hidup = Masalah, X Masalah = X Hidup.(sama-sama kita renungkan).


Aku ad terbaca 1 cerita pasal seorang lelaki menentukan nasib dia sendiri. harap dapat kita jadikan iktibar dan pengajaran.


Kisahnya bermula apabila seorang pakcik berhenti rehat di sebuah RnR di sebuah lebuhraya, masa dia tengah order air,dia tegur sorang pemuda, bila ditegur pemuda itu menjawp dengan mesra. Bersama pemuda tersebut terdapat sebuah kotak handphone, pakcik tu pun tegur pasal kotak handphone tu , "Cantik hp.baru beli ke? mesti mahal kan?". Pemuda tu pn menjawap, "Eh! xde la pakcik,ni bukan hp saya.Sy keje awak lori je,mn la mampu nk beli hp mahal mcm ni.tgk pd rupa hp ni pn mcm rm3000,mne la sy ada duit nak beli hp mcm ni". Pakcik tu pn membalas, "Tapi awak blh je kn nak mngaku hp 2 hp awk kn?nape awk x amik je hp 2.jdkn harta sendiri?". Pertanyaan tersebut seolah-olah pakcik tu nak uji sejauh mana kejujuran pemuda tersebut.


Dengan tegas pemuda itu menjawap, "Memang klu sy mngku hp ni hak sy,sy blh wat.sy blh tpu org lain.tp sape saya utk menipu Allah yang sentiasa menyaksikan tindakan setiap hambanya di atas muka bumi ni?mmg sy terlepas kat dunia,tp belum tentu sy lepas kat Padang Mahsyar nnt." Mendengar jawapan pemuda tersebut, pakcik itu tersenyum dan berkata dalam hati, andai kata seluruh pemuda Islam di Malaysia berfikiran macam pemuda ini, pasti generai akan datang menjadi generasi yang hebat. Selepas itu,pemuda tersebut meminta diri untuk berjumpa dengan tuan empunya hp tersebut.


Pengajaran daripada cerita di atas,kita sendiri mentukan nasib kita di dunia dan akhirat,mungkin kita boleh bahagia di dunia dengan cara yang haram,tapi ingat,hidup kita bukan hanya di dunia,akhirat juga ada untuk kita tempuh.Macam pemuda tadi,dia memandang jauh ke hadapan yang mana tempat kita kekal selamanya,di dunia, dia terlepas sesuatu yang berharga di mata manusia, tetapi dia lebih memandang kehidupan dia di akhirat.


Di dalam surah Al -Mulk juga ada menyebut tentang azab di akhirat,di mana Allah telah mengutuskan RasulNya untuk memberi panduan kepada manusia,tetapi mereka menafikan apa yang telah disampaikan kepada mereka dan kemudian mereka di azab oleh Allah.Nauzubillah. Bersyukur kerana kita masih diberi peluang untuk membaiki kelemahan diri kita. sebelum Malaikat maut datang menjemput,adakah kita bersedia dengan amalan yang kita miliki sekarang?


Adakah memadai amal ibadah kita yang sedikit jika nak dibandingkan dengan dosa kita yang bertimbun???
Tetapi Allah itu Maha Penyayang dan Pengampun. Apabila kita melakukan kesilapan atau dosa,minta ampun dari Allah, sentiasa perbaharui taubat kita setiap hari. Macam aku cerita sebelum ni, manusia tidak dapat lari dari melakukan kesilapan, jadi, selagi kita bernafas dan selagi pintu taubat masih dibuka,bertaubatlah sebanyaknya. Lagi satu, manusia sentiasa bersifat baru,jadi gunakanlah peluang itu untuk kita berubah dan dekatkan diri dengan Allah Yang Esa...


Semoga ilmu yang aku kongsi ni dapat dimanfaatkan bersama.andai ada yang tersalah fakta di dalam post ni, silalah tegur supaya kita dapat berkongsi ilmu bersama.


Sabda Rasullah s.a.w "Sebarkanlah ilmu walaupun sepotong ayat".


Aku tinggalkan post ni untuk pagi ni dengan lafaz Assalamualaikum.Semoga aku diberi peluang lagi untuk berkongsi ilmu kat blog ni.


May Allah Bless All Of U, readers.


Khaizeds88...