Assalamualaikum warahmatullahiwabarakaatuh...
Alhamdulillah,bersyukur kepada Allah kerana masih memberi peluang untuk aku berkongsi ilmu yang aku dapat hari.Walaupun sikit,tapi tanggungjawab aku untuk sebarkan ilmu ni. untuk yang dah taw,boleh kita ingat semula,mana yang tak tau,mari kita sama-sama amik tau..
Alhamdulillah pagi tadi pas solat subuh, aku berborak ngan kawan aku dari Somalia.aku cukup suka borak ngan dia sebab banyak ilmu tentang agama aku dapat dari dia..lagi 1,setiap kali aku lepak ngan dia,aku rasa tenang.tak tau la kenapa. tapi memang Allah bagi Nur kat muka dia. So, masa aku borak ngan dia tadi,dia ada beberapa perkara..
Ilmu 1
Perkara paling asas bile kita jumpa ngan saudara( Islam ) kita. Kita disunatkan untuk memberi Assalamualaikum dan sesiapa yang mendengarnya Wajib menjawab salam tersebut. Andai kata masa orang bagi salam tetapi kita tak dengar atau sibuk dengan tugasan masing-masing, agaknya siapa yang akan jawab salam tu?Secara logiknya memang tak ada orang akan jawab kan? Tapi secara ilmiah,kita sendiri tau,setiap manusia diapit oleh 2 malaikat Rakid dan Atid, jadi kalau kita tak dapat jawab salam tadi, mereka akan tolong jawab untuk kita. Sebab tu kita sebut Assalamualaikum dan bukan assalamualaka/i (untuk seorang laki @ perempuan).
Ilmu 2
Yang kedua pulak pasal ciptaan Allah. pernah tak anda semua tau macam mana besarnya Malaikat Jibril? Mungkin ada yang tau,tapi tak pe la,kita kongsi bersama ye.Malaikat Jibril adalah Ketua kepada semua Malaikat dan tugas dia menyampai wahyu kepada Pesuruh Allah, iaitu Nabi dan Rasul. Malaikat Jibril. Semasa Rasulullah berjumpa dengan Malaikat Jibril,Rasulullah s.a.w terkejut dan bertasbih kepada Allah, Subhanallah. Rasulullah s.a.w terkejut sebab melihat Malaikat Jibril sangat besar. Malaikat Jibril memiliki sayap yang besarnya dari timur ke barat. Itu baru 1 sayap,tapi Malaikat Jibril ada 600 sayap. Subhanallah, Agungnya Kuasa Allah. Kemudian Malaikat Jibril membalas kata - kata rasulullah, dan mengatakan jika dibandingkan dia(Malaikat Jibril) dengan Malaikat Israfil, Malaikat Jibril hanya sebesar sayap nyamuk. Subhanallah. Kita sendiri tak mampu untuk bayangkan besarnya Malaikat Israfil, tak pe la,akal manusia tidak mampu untuk berfikir sampai ke tahap itu. Cukuplah kita membayangkan kebesaran Allah yang mencipta malaikat - malaikat tersebut.
Ilmu 3
Yang ketiga pulak pasal ibadah sunat, ibadah wajib tak payah la aku cite, masing – masing tau tanggungjawab kat Allah. Apa yang kawan aku tu cakap kalau nak dimurahkan rezeki, banyakkan istighfar dan minta keampunan dari Allah, paling baik bangun malam buat solat tahajjud. Lagi 1,aku p nada baca buku pasal bangun malam ni, tajuk buku tu “Dahsyatnya Qiamullail”. Dalam buku tu ada menceritakan kenapa orang yang bangun malam lebih disayangi Allah dan Allah suka dengan orang yang bangun malam menghadap Pencipta mereka. Ini kerana waktu malam adalah waktu manusia dan Rabbnya hampir. Terdapat hadis Rasulullah s.a.w yang direkodkan oleh Imam Muslim, Daud dan Nasai yang bermaksud, “Saat manusia hampir dengan Rabbnya adalah saat kita bersujud, jadi perbanyakkan doa ketika sujud”. Jadi kat sini secara tidak langsung kita disarankan supaya perbanyakkan amalan – amalan sunat. Bila masa yang sesuai? Waktu malam, ketika manusia sedang lena tidur.
Terdapat hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Ahmad, Rasulullah s.a.w bersabda, “Ketika tengag malam berlalu, Allah turun ke langit dunia lalu berkata : wujudkah orang yang memohon ampun? Maka aku mengampuninya. Wujudkah orang yang bertaubat, maka aku terima taubatnya. Wujudkah orang yang berdoa? Maka aku akan mengabulkan doanya. Hal itu berlaku sehingga Subuh”.
Subhanallah, Allah itu Maha Pengampun, Pemurah, Penyayang dan Maha segalanya.
Jadi, pengajaran untuk hari ini :
1 ) Jangan kedekut untuk bagi salam kepada saudara kita, tak luak pun duit poket kita. Kalau dengar orang bagi salam walaupun bukan untuk kita, jawab je sekurang – kurangnya kita dapat pahal sebab menjawab salam. Jawab dalam hati pun boleh.
2 ) Betapa hebatnya ciptaan Allah, malaikat Jibril hanyalah sebesar sayap nyamuk jika dibandingkan dengan Malaikat Israfil. Sesungguhnya manusia adalah sebaik – baik kejadian. Jadi kita kena ingat siapa kita dan apa tanggungjawab kita. Allah menjadokan sehebat makhluk berbanding makhluk lain.
3 ) Allah itu maha Pemurah, mintak je apa pun daripada Allah sebab hanya Dia yang mampu melakukan apa yang Dia nak. Kun Faya kun. Tapi kalu nak mintak daripada Allah kenalah penuhi syaratnya. Ibadah wajib jangan tinggal, perbanyakkan ibadah sunat dan bersedekah. Allah sangat sayangkan hamba-hambaNya yang memohon ampun dan berdoa kepadaNya
Apa yang aku kongsi ni adalah sebahagian kecil daripada ilmu Allah yang teramat luas. Tak rugi kita berkongsi, sebab ianya dapat mengingatkan diri kita dan jugak orang lain.
Insyaallah,sampai bertemu lagi dengan Ilmu yang baru. May Allah Bless UJ
Khaizeds88...
No comments:
Post a Comment