Sunday, April 3, 2011

Manusia menguasai nasib sendiri

Assaalamuaalaikum...


Alhamadulillah,bersyukur kepada Allah kerana memberi peluang untuk aku berkongsi cerita dan imlu kepada anda semua.
Seringkali kita mendengar orang merungut apabila ditimpa kesusahan..jawapan mereka mudah, "Dah nasib aku macam ni...".Pada pendapat aku, memang nasib dia macam tu sebab dia yang buat diri dia jadi macam tu. Sepatutnya kita perlu menilai semula tindakan kita. kenapa kita diberi ujian sebegitu? Hidup = Masalah, X Masalah = X Hidup.(sama-sama kita renungkan).


Aku ad terbaca 1 cerita pasal seorang lelaki menentukan nasib dia sendiri. harap dapat kita jadikan iktibar dan pengajaran.


Kisahnya bermula apabila seorang pakcik berhenti rehat di sebuah RnR di sebuah lebuhraya, masa dia tengah order air,dia tegur sorang pemuda, bila ditegur pemuda itu menjawp dengan mesra. Bersama pemuda tersebut terdapat sebuah kotak handphone, pakcik tu pun tegur pasal kotak handphone tu , "Cantik hp.baru beli ke? mesti mahal kan?". Pemuda tu pn menjawap, "Eh! xde la pakcik,ni bukan hp saya.Sy keje awak lori je,mn la mampu nk beli hp mahal mcm ni.tgk pd rupa hp ni pn mcm rm3000,mne la sy ada duit nak beli hp mcm ni". Pakcik tu pn membalas, "Tapi awak blh je kn nak mngaku hp 2 hp awk kn?nape awk x amik je hp 2.jdkn harta sendiri?". Pertanyaan tersebut seolah-olah pakcik tu nak uji sejauh mana kejujuran pemuda tersebut.


Dengan tegas pemuda itu menjawap, "Memang klu sy mngku hp ni hak sy,sy blh wat.sy blh tpu org lain.tp sape saya utk menipu Allah yang sentiasa menyaksikan tindakan setiap hambanya di atas muka bumi ni?mmg sy terlepas kat dunia,tp belum tentu sy lepas kat Padang Mahsyar nnt." Mendengar jawapan pemuda tersebut, pakcik itu tersenyum dan berkata dalam hati, andai kata seluruh pemuda Islam di Malaysia berfikiran macam pemuda ini, pasti generai akan datang menjadi generasi yang hebat. Selepas itu,pemuda tersebut meminta diri untuk berjumpa dengan tuan empunya hp tersebut.


Pengajaran daripada cerita di atas,kita sendiri mentukan nasib kita di dunia dan akhirat,mungkin kita boleh bahagia di dunia dengan cara yang haram,tapi ingat,hidup kita bukan hanya di dunia,akhirat juga ada untuk kita tempuh.Macam pemuda tadi,dia memandang jauh ke hadapan yang mana tempat kita kekal selamanya,di dunia, dia terlepas sesuatu yang berharga di mata manusia, tetapi dia lebih memandang kehidupan dia di akhirat.


Di dalam surah Al -Mulk juga ada menyebut tentang azab di akhirat,di mana Allah telah mengutuskan RasulNya untuk memberi panduan kepada manusia,tetapi mereka menafikan apa yang telah disampaikan kepada mereka dan kemudian mereka di azab oleh Allah.Nauzubillah. Bersyukur kerana kita masih diberi peluang untuk membaiki kelemahan diri kita. sebelum Malaikat maut datang menjemput,adakah kita bersedia dengan amalan yang kita miliki sekarang?


Adakah memadai amal ibadah kita yang sedikit jika nak dibandingkan dengan dosa kita yang bertimbun???
Tetapi Allah itu Maha Penyayang dan Pengampun. Apabila kita melakukan kesilapan atau dosa,minta ampun dari Allah, sentiasa perbaharui taubat kita setiap hari. Macam aku cerita sebelum ni, manusia tidak dapat lari dari melakukan kesilapan, jadi, selagi kita bernafas dan selagi pintu taubat masih dibuka,bertaubatlah sebanyaknya. Lagi satu, manusia sentiasa bersifat baru,jadi gunakanlah peluang itu untuk kita berubah dan dekatkan diri dengan Allah Yang Esa...


Semoga ilmu yang aku kongsi ni dapat dimanfaatkan bersama.andai ada yang tersalah fakta di dalam post ni, silalah tegur supaya kita dapat berkongsi ilmu bersama.


Sabda Rasullah s.a.w "Sebarkanlah ilmu walaupun sepotong ayat".


Aku tinggalkan post ni untuk pagi ni dengan lafaz Assalamualaikum.Semoga aku diberi peluang lagi untuk berkongsi ilmu kat blog ni.


May Allah Bless All Of U, readers.


Khaizeds88...

1 comment: